Monday, 9 September 2013

Tudung Labuh..?? (Ambil ikhtibar sayang-sayangku semua)

SITUASI ZAMAN SEKARANG..
Ehh, sejak bila jadi ustazah ni kak??"

" Amboi, labuh benor tudung alim dah dia sekarang ye??"

" Dia tu ustazah sekolah mana erk?"

" Anak jiran kita tu belajar sekolah agama kat mana? Sekolah pondok ke?"

" Sejak bila pula si A ni pakai tudung labuh?"

:: Tudung labuh tu bukan hak seorang ustazah atau alim ulama,
 TAPI HAK SEMUA WANITA. Kan??
Tak semestinya tudung labuh sampai nak cecah ke lantai,
 yang penting menutup dada sepenuhnya
dan berpakaian menutup aurat. ::

*Orang Yang Menutup Aurat Tak Semestinya Baik Tetapi
 Orang Yang Baik Adalah Orang Yang Menutup Aurat .

*Tudung Labuh itu bukan milik USTAZAH.
 Actually, milik MUSLIMAH.
 Muslimah yang solehah. Solehah itu bukan diwarisi, kita kena cari..

*Pakai tudung labuh tak wajib . .
tapi melabuhkan tudung itu wajib !

~ Bertudung Labuh Bukan Atas Niat Untuk Tunjuk ' Alim'
Tapi ..

Awak Kena Faham ...


Bahawa Yang Bertudung Labuh Adalah
 Kerana Ingin Menjaga Maruah Diri Dan Agama ..
 Masih Ramai Lagi Orang Di Luar Sana Yang Memperjuangkan Islam !
 Islam Takkan Pernah Pupus .. Tapi Dia Akan Terus Berkembang ~


Dan Apa Yang Saya Nak Semua Orang Tau ..

Saya Tak Pernah Kisah Kalau
Orang Nak Kutuk Saya Kerana Memakai Stoking ..
Sarung Tangan Dan Bertudung Labuh


Saya Ulangi ! Tak Pernah Ambil Kisah ...
Kerana Saya Tahu ..

Allah Akan Selalu Merahmati Pengorbanan Saya
 Yang Berpanas Untuk Menutup Aurat


Dan Apa Yang Paling Saya Banggakan Adalah ..

Saya Tak Terus-menerus Terjebak Dengan Maksiat Dan
Dosa Kerana Berpakaian Seksi ..
 Berpegangan Dengan Yang Bukan Halal Bagi Saya ...Dan Sebagainya ..


Bolehkah Awak Cuba Untuk Menghormati Dan Memahami Saya ???

" Harap tudung je LABUH.... perangai..... ??''
Kenapa perlu disalahkan TUDUNG
 bila si pemakainya yang tersalah LANGKAH..??

Tudung tak SALAH..yang SALAH pemakainya...
Dan yang BERTUDUNG LABUH tak semestinya BAIK...BENARLAH..
 Tapi kami sudah mecuba sedaya upaya untuk menutup AURAT
 kami dengan SESEMPURNA yang mungkin
..dan ketahuilah dengan bertudung LABUH, kami juga bukan MALAIKAT,
 yang terpelihara dari LUPA, ALPA, NAFSU dan sebagainya..,

Kami hanya WANITA akhir zaman yang masih
MENCARI nilai SOLEHAH dalam diri ini..


p/s : Andai kami SALAH, TEGURLAH..bukan CEMUHAN yang DIBERI..
usah disalahkan labuhnya tdung kami..
kerana hakikatnya kami juga insan BIASA
 yang masih TERCARI-CARI nur IMAN....


Orang pakai purdah ke niqaab ke tudung labuh ke ,
 bukan sebab nak tunjuk kami ni baik sayang ..
bukan nak tunjuk diri kami Solehah sayang ..
bukn nak buktikan kami wanita Syurga sayang ..

Tapi kami nk JADI BAIK , kerana kmi juga jahil ..
Kami bukanlah SOLEHAH , tapi kami ingin jadi SOLEHAH ..

Kami tahu kmi tak layak untuk berada di Syurga Allah ..
 Tapi tak salahkan kami usaha menggapai SYURGA tu?
Kerana kami tak sanggup untnk mnanggung azab Neraka Allah ..


Lagi satu perlu ke kami tunjuk diri kami yang SEBENAR,
 hanya untuk tidak digelar hipokrit sehinggakn membuka luas AIB-AIB kami ?

Siapa cakap adik-adik dan akak-akak tak layak pakai macam kami?
Semua orang pun boleh sayang ..
Tidak dikhususkn orang-orang tertentu untuk memakainya ..

Selagi adik-adik dan akak-akak bergelar HAWA
, memang sangat-sangat dialukan .. Tafaddhol kalau nak pakai ..
tak ada orang nak halang ..
Islam itu sangat mudah dan INDAH sayang ..
Jangan kita susahkan ..


-------------------------------------------------------------------------------------

PERSOALANNYA.. ADAKAH SEMUANYA BENAR??


Benarkah wanita solehah dan bertudung labuh ni tak suka bergaul
 dengan wanita yang solehah juga tapi cuma dia tak pakai tudung labuh?


Benarkah wanita yang bajet solehah ini tak nak bergaul dengan
 wanita yang dianggap kurang solehah?


Benarkah wanita solehah hanya berusrah dan
 bergeng dengan orang yang sefikrah dan sepesen dengan dia sahaja?


Benarkah wanita solehah lebih rapat dengan
geng-geng khemah dan payung terjun sahaja
 (maknanya tudung labuhlah,
sebab tudung ni macam superman bila kena tiup angin) ?


Seriously talking,
I found those people above oftenly throughout my life.

Menyebabkan wanita-wanita lain yang nak berhijrah
 berasa takut nak dekat dengan wanita-wanita solehah ni.


Satu diorang tak ada keyakinan nak berkawan dengan korang
dua rasa tak layak
tiga takut kena bash je dengan korang

Tak macam lelaki, senang masuk
Lelaki tu soleh macam mana pun, penampilan dia tak banyak beza
(stiil ja boleh pakai suar jeans and jaket kulit crocodile)

Tapi kalau perempuan,
Uuu tudung labuh kau!
Takut aku.

So macam mana?


Jom sama-sama KEJAR SYURGA Allah ..

Hukum memakai tudung menampakkan dada adalah haram
Menurut Ustaz Kazim dalam ceramahnya,
wanita yang memakai tudung tapi menampakkan dada,
lengan dan berpakaian ketat adalah HARAM.
 Bertudung seperti itu dipanggil Tabarruj (fitnah).

Jika kita menolak konsep menutup aurat,
 itu akan menjadi sebab untuk kita masuk ke Neraka.
 nauzubillah min zalik.
Sekarang ni dah terang la bahawa hukum memakai tudung pendek
 yang menampakkan dada adalah haram.


Jangan salahkan TUDUNG kalau akhlak seseorang tu buruk.
Menutup aurat tu perintah Allah.. -.-

Baik atau jahat semua itu boleh diperbaiki kan..??

Wallahu a'lam..

No comments:

Post a Comment